Sunday, 19 February 2017

TIPS: 3 Tips Dan Cara-Cara Temuduga Yang Betul...Panduan untuk Penganggur, Mohon SHARE ye!! BAHAGIAN 3



Okay, baik. Sekarang kita akan bincang apa yang perlu anda lakukan selepas sesi temuduga. Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh lakukan

Langkah #3: Bertawakal Selepas Temuduga

Ucapkan Terima Kasih


Selepas sesi temuduga tersebut, pastikan anda mengucapkan terima kasih kepada semua penemuduga yang hadir. Beritahu mereka yang anda sangat berpuas hati. Kemudian, anda digalakkan untuk menghantar e-emel sebagai satu tanda terima kasih susulan.
Tawakal dan Berdoa
Ini adalah satu usaha yang terakhir yang anda boleh buat untuk meningkatkan kadar kelulusan temuduga anda. Setelah penah berusaha, pastikan anda berdoa kepada tuhan supaya dipermudahkan usaha dan hala tuju kehidupan anda.

Tips dan Petua Temuduga

Berikut adalah beberapa lagi tips dan petua temuduga yang boleh membantu anda dalam temuduga.
Datang Awal ke Tempat Temuduga
Cuba datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Gunakan masa yang ada untuk melihat nota anda. Hadir lewat ke tempat boleh menyebabkan stress dan tekanan. Perkara ini boleh menyebabkan anda mudah hilang fokus dan prestasi anda akan berkurangan.
Manfaat Masa Temuduga
Gunakan masa yang diperuntukkan semasa sesi temuduga tersebut dengan optimum. Temuduga selama sejam mungkin boleh berakhir dengan masa yang sangat singkat. Oleh itu, cuba atur masa agar anda mendapat peluang untuk bertanyakan soalan. Anda boleh membawa dan tengok jam tangan anda semasa sesi temuduga.
Elakkan berbangga diri
Cuba dapatkan rentak yang sesuai untuk mempromosikan kelebihan dan kebolehan anda.
Jangan Berputus Asa sekiranya gagal
Gagal tidak membawa maksud anda akan gagal selama-lamanya. Sebaliknya anda perlu ambil pengajaran daripada kegagalan ini dan terus berusaha lebih keras pada masa yang akan datang.
Jujur Pada Diri Sendiri dan Terima Kekurangan
Sekiranya anda ditanya soalan yang mana anda tidak tahu ataupun tahu hanya sedikit akannya. Adalah terbaik bagi anda agar anda menyatakan, “Hal ini bukanlah satu kekuatan saya, namun saya ingin untuk belajar” – Jangan katakan yang anda tidak tahu, dan terus diam. Pastikan anda backup segala kelemahan anda.
Sediakan 10 Senarai Penting
Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu sediakan 10 senarai yang anda perlu nyatakan semasa temuduga tersebut. Ia mungkin merupakan 10 pencapaian tertinggi yang anda pernah dapat. Sekurang-kurangnya, semasa ditemuduga anda tidak lupa akan 10 perkara yang penting untuk membanggakan para penemuduga tersebut.
Periksa Kajian Cuaca
Cuaca kadang-kadang tidak menentu, terutama di Kuala Lumpur. Oleh itu, sekiranya anda menerima tawaran untuk ditemuduga, pastikan anda memeriksa kajian cuaca terlebih dahulu. Pastikan keadaan cuaca pada hari tersebut. Sekiranya tidak memberansangkan, sekurang-kurangnya anda boleh bersedia.
Periksa Keadaan Tempat Temuduga
Salah satu masalah semasa menghadiri temuduga adalah tempat temuduga itu sendiri. Kadang-kadang tempat yang anda perlu pergi itu kerap jam ataupun fasiliti itu sukar untuk dapatkan parkir. Oleh itu, dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum menghadiri tempat tersebut.
Banyakkan Berlatih
Terutama kepada yang tidak pernah menghadiri sesi temuduga sebelum ini, mereka mungkin gugup dan berdebar. Salah satu cara untuk menghilangkan (ataupun mengurangkan rasa tersebut) adalah dengan kerapkan berlatih dihadapan cermin.


EmoticonEmoticon