Sunday, 19 February 2017

TIPS: 3 Tips Dan Cara-Cara Temuduga Yang Betul...Panduan untuk Penganggur, Mohon SHARE ye!! BAHAGIAN 2


Langkah ini lebih kepada apa yang anda patut buat dan apa yang anda tidak patut buat ketika menghadapi temuduga. Anda perlu memulakan sesi temuduga tersebut denganmemperkenalkan diri anda dan apa yang anda boleh sumbang kepada syarikat tersebut.

Langkah #2 : Jadi Profesional Semasa Menjalani Temuduga

Sentiasa Tenang dan Yakin

Situasi dan keadaan anda semasa ditemuduga memainkan peranan yang penting untuk lulus. Oleh itu, anda perlu tampil dalam keadaan yang sentiasa tenang, yakin dan sejujur yang mungkin.
Elakkan daripada tergopoh, goyang anggota badan ataupun duduk/pose dalam keadaan yang tidak sesuai.
Jangan takut untuk bertanyakan soalan. Hal ini kerana majikan lebih menyukai orang yang berani dan boleh memberikan pandangan yang membina. Cuma pastikan soalan yang anda tanya itu adalah logik dan jangan terlalu banyak tanya (untuk elak daripada penemuduga menganggap anda keliru)
Sekiranya anda mengalami masalah untuk menenangkan diri, anda boleh mencuba beberapa cara ini.
Promosikan Diri Anda
Anda perlu memberitahu mereka akan apa yang anda boleh buat dan sejauh mana yang mereka boleh letakkan harapan kepada anda.
Pastikan anda menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang munasabah untuk menyokong kenyataan anda. Tunjukkan bahawa anda boleh bangkit dari kegagalan ataupun kesalahan dan jadikannya sebagai satu kekuatan.
Jangan menceritakan keburukan majikan yang lalu, sebaliknya nyatakan kenapa syarikat yang baharu ini lebih sesuai dengan diri anda.
Ingat tak apa yang kita bincang tentang contoh-contoh kekuatan di atas? Inilah dimana senarai tersebut akan membantu anda.
Nota: Anda perlu tahu perbezaan antara ‘yakin‘ dan ‘berbangga diri‘. Pastikan anda menunjukkan nilai yang anda yakin, pada masa yang sama jangan terlalu berbangga diri dengan kebolehan anda.
Jangan Menjadi Pendiam
Jangan lupa untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan syarikat ataupun jawatan tersebut. Ambil perhatian kepada jawapan yang diberi oleh penemuduga tersebut, catatnya.
Perkara ini boleh menunjukkan bahawa anda betul-betul berminat dengan jawapan tersebut.
Jangan bertanyakan soalan yang sama kepada penemuduga (sekiranya ramai). Pastikan soalan tersebut releven dan sesuai. Dan jangan lupa melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menghadiri temuduga.
Jadi Peramah
Dengar kepada setiap soalan dengan penuh, kemudian barulah memberikan respon. Jangan anggap bahawa penemuduga tersebut membaca resume anda, tapi pada masa yang sama yang menganggap mereka tidak membaca langsung.
Dari segi cara-cara bercakap semasa temuduga pula, anda perlu bersuara dengan nada yang sederhana, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Elakkan daripada emosi anda mengubah cara perucapan anda, seperti tergagap-gagap dan sesak nafas – anda boleh mengelak hal ini dengan latihan depan cermin.
Semasa menjawab soalan panel, pastikan anda jawab dengan jelas dan realistik. Cuba gunakan contoh yang menarik dan data-data yang anda ada (perlukan kajian keatas sesuatu isu terlebih dahulu).
Kekalkan Momentum
Jangan kecil hati sekiranya anda tidak dapat jawatan yang anda inginkan. Mungkin apa yang ada masih tidak cukup untuk memenuhi kehendak syarikat tersebut. Oleh itu, anda perlu terus berusaha untuk mencari kerja yang lain.
Pada masa yang sama anda perlu tingkatkan kualiti semasa anda ditemuduga. Tetapkan matlamat yang anda boleh capai dengan tahap yang anda ada. 
BERSAMBUNG...


EmoticonEmoticon