Sunday, 19 February 2017

TIPS: 3 Tips Dan Cara-Cara Temuduga Yang Betul...Panduan untuk Penganggur, Mohon SHARE ye!! BAHAGIAN 1



Sekiranya anda inginkan keputusan dan prestasi yang terbaik dalam apa-apa temuduga pun, tidak kiralah sama ada temuduga itu adalah temuduga kerja, SPA, polis, jururawat, guru mahupun temuduga biasiswa/MRSM untuk pelajar.
Apa yang pentingnya adalah persediaan yang rapi sebelum menghadapinya dan gunakan teknik yang betul semasa menjalaninya.
Tunjukkan dan buktikan bahawa anda adalah calon yang terbaik kepada kerja dan jawatan tersebut. Berikan semua maklumat yang boleh mengagumkan mereka.
Dalam artikel kali ini, anda akan didedahkan dengan cara-cara berjaya dalam temuduga. Untuk tujuan tersebut, anda perlu mengikut beberapa langkah sebelum, semasa dan selepas temuduga:
  • Langkah #1 : Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga
  • Langkah #2 : Jadi Profesional Semasa Menjalani Temuduga
  • Langkah #3 : Bertawakal Selepas Temuduga
  • Tips dan Petua Temuduga
  • Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Temuduga

Langkah #1 : Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga


timana yang anda tahu, persediaan adalah kunci dalam kejayaan sesuatu. Sekiranya anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal. (cliche nya)
Namun, itulah adalah kenyataan. Berikut adalah 6 idea yang anda boleh ikut, agar anda boleh lulus dalam temuduga tersebut:
Mulakan Persediaan Seawal Yang Mungkin
Syarikat-syarikat yang besar kebiasaannya akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk mengatur sesi temuduga syarikat tersebut. Perkara ini dilakukan mungkin dalam masasebulan ataupun dua bulan sebelum.
Oleh itu, dalam masa yang panjang tersebut, anda sepatutnya menggunakannya dengan seeloknya agar pada masa temuduga tersebut, anda sudah 100% bersedia.
Pada masa itu, pastikan anda sudah bersedia dengan jawapan, soalan, pemakaian dan emosi yang terbaik!
Salah satu langkah pertama yang anda boleh ambil adalah melakukan kajian (research) ke atas butiran syarikat dan jawatan yang anda inginkan tersebut. Dapatkan sebanyak butiran yang anda boleh agar anda boleh membuktikan bahawa anda mempunyai tanggungjawab yang boleh mengambil alih jawatan tersebut.
Jika jawatan tersebut kearah admin ataupun pengurus (manager), pastikan anda menyatakan bahawa anda memiliki nilai tanggungjawab dan boleh mengarah orang.
Anda juga digalakkan untuk mendapatkan butiran dan latar belakang penemu ramah anda (sekiranya boleh). Kebiasaanya, orang akan menggunakan LinkedIn untuk tujuan ini, namun rakyat Malaysia tidak menggunakan medium sosial tersebut. Oleh itu, jika anda boleh dapatkan Facebook mereka pun okay
Dapatkan Bantuan Daripada Orang Lain
Jangan sesekali bersedia untuk temuduga secara bersendirian. Terdapat banyak sumber yang berguna yang boleh membantu anda sebelum temuduga. Berikut adalah 2 daripadanya:
i) Dapatkan Nasihat Pakar
Cuba rujuk pakar, mentor ataupun alumni daripada universiti anda untuk jawatan tersebut. Bercakap dengan mereka, dapatkan sedikit idea dan pandangan, mahupun cadangan yang boleh membantu anda.
ii) Dapatkan Kawan Menolong Anda
Cuba melakukan satu percubaan temuduga semasa anda, untuk membiasakan anda dengan suasana temuduga nanti. Anda juga boleh berkongsikan latar belakang dan kelebihan anda.
Senaraikan dan Berlatih Sekurang-kurangnya 3 Soalan
Teknik ini adalah untuk membuktikan bahawa anda betul-betul berminat dan tahu akan syarikat dan jawatan tersebut.
Namun, janagn bertanyakan perkara/sesuatu yang boleh didapati dengan kajian yang mudah – ini boleh memberikan kesan yang buruk pula kepada anda, kerana mereka boleh menganggap anda tidak bersedia ataupun kurang mengetahui berkaitan dengan syarikat mereka.
Sebaliknya anda perlu menanyakan soalan yang agak spesifik dengan dengan syarikat ataupu jawatan tersebut.
Pada masa yang sama, anda perlu menunjukkan bahawa anda sangat berminat untuk bekerja di situ; katakan “Saya ingin mendapatkan peluang ini“. Kemudian, anda perlukan menyakinkan mereka dengan bertanyakan soalan kepada mereka.
Soalan-soalan anda perlu mempunyai beberapa perkara berikut:
i) Bertanyakan berkaitan dengan “peluang perkembangan” ataupun room for growth, dengan ini boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang komitmen. Betul, anda inginkan sesuatu jawatan, namun dengan satu jawatan tersebut boleh mengubah hala tuju sesuatu syarikat dalam jangka masa yang lama.
ii) Bertanyakan “dengan siapa saya akan berkerja” boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai skil sosial. “Saya berminat dengan orang yang banyak memberikan manfaat kepada syarikat”. Ini juga boleh membantu anda lulus temuduga tersebut.
iii) Bertanyakan akan tugasan yang paling sukar dalam job scope jawatan anda tersebut. Perkara ini boleh menunjukkan anda seorang yang berani dan boleh mengambil tanggungjawab untuk posisi tersebut. Anda juga boleh memberikan pandapat bagaimana anda akan menjalankan tugasan dan mengatasi masalah sepanjang jalan.
Bersedia dengan Jawapan Kepada Soalan Umum
Tidak dinafikan bahawa temuduga mempunyai pelbagai kejutan, namun terdapat juga soalan-soalan yang anda boleh agak sebelum sesi temuduga lagi.
Ia macam sudah ada template soalan lazim yang ditanya semasa sesi temuduga, oleh itu anda seharusnya sudah bersedia dengan jawapan sekiranya ditanya nanti.
Sekiranya anda gagal menjawab seseuatu soalan yang boleh mengagumkan para panel, ia boleh memberikan kesan dan pandangan yang negatif kepada anda.
Oleh itu, bersedialah!
Berikut adalah 5 soalan lazim yang ditanya semasa temuduga:
i) Apakah kekuatan/kelebihan/kebolehan anda?
Contoh: guru ataupun admin memerlukan peraturan dan kaedah masing-masing, jadikan itu sebagai satu kekuatan anda. Bersedia dengan contoh-contoh yang konkrit.
ii) Apakah Kelemahan Anda?
Sebaiknya adalah anda menjadi jujur dan menyatakan kelemahan anda, dan sebagai tambahan strategi anda untuk mengatasi kelemahan tersebut. Jangan mengatakan “Saya tiada kelemahan” – ini mustahil dan para penemuduga akan mula timbul rasa tidak yakin kepada anda.
iii) Kenapa Anda Ingin Bekerja Di Syarikat Ini?
kenapa anda rasa anda sesuai dengan syarikat tersebut. Apakah matlamat pekerjaan anda? Apakah cabaran yang paling besar anda hadapi dan atasi?
iv) Adakah Anda Boleh Bekerja Dalam Kumpulan?
Aktiviti berkumpulan sangat penting dalam brainstorm syarikat sekiranya berlaku perkara-perkara ataupun cabaran yang tidak diduga. Oleh itu, anda sebolehnya menyatakan “ya” dan memberikan contoh aktiviti aktiviti yang anda pernah berjaya lakukan.
v) Kenapa Anda Memilih Untuk Meninggalkan Syarikat Asal?
Sekiranya anda sedang bekerja/berkhidmat di syarikat yang lain, anda perlu menjadi jujur dengan cara yang paling baik. Anda tidak boleh memberikan kenyataan yang buruk terhadap majikan anda walau macam mana pun. Anda perlu menghormati semua pihak.
Pastikan Pemakaian Yang Sesuai
Cara pemakaian dan penampilan anda menunjukkan tahap anda, dan merupakan salah satu perkara pertama yang orang akan lihat dan nilai.
Pemakaian yang tidak sesuai dengan jawatan ataupun syarikat boleh memberikan rasa tidak selesa kepada penemuduga. Secara tidak langsung memberikan kesan kepada keputusan keseluruhan temuduga tersebut.
Oleh itu, jangan gagal temuduga kerana pemakaian yang tidak sesuai!
Berikut adalah beberapa (cadangan) cara-cara pemakaian ketika temuduga yang anda perlu anda tahu dan ambil berat:
1. Lelaki – seeloknya memakai kot berwarna hitam, baju kemeja putih dan tie.
2. Perempuan – seeloknya memakai pakaian yang menutup aurat (bertudung dan pakaian yang tidak ketat) dan pakai kot hitam (sekiranya boleh). Sekiranya anda bukannya beragama Islam, pemakaian yang tidak menjolok mata perlu diutamakan, kot dan skirt sudah mamadai.
Secara ringkas, anda perlu berpakaian secara formal ataupun tidak formal (mengikut situasi). Pada masa yang sama, anda perlu rasa selesa berpakaian seperti itu, sekiranya tidak, sila tukar agar tidak menjejaskan tumpuan anda semasa sesi temuduga tersebut.
Selain pakaian, dokumen dan resume anda juga penting. Oleh itu, anda perlu menyediakan fail yang sesuai untuk dibawa bersama ketika temuduga tersebut. Oh, jangan lupa untuk membawa pen dan buku nota yang kecil agar anda nampak bersedia dalam apa juga perkara
Abaikan Barang Yang Tidak Penting
Sekiranya anda sangat memerlukan smartphone, pastikan anda meletakkannya dalamkeadaan senyap atau matikannya terus, sebelum memasuki bilik temuduga.
Dinasihatkan agar anda tidak membawa sesiapa semasa temuduga, melainkan mereka sekadar menghantar anda.
Pastikan Datang Awal
Ini adalah salah satu aspek yang penting, namun masih ramai yang tidak mengambil berat. Anda seharusnya datang ke tempat temuduga seelok-eloknya 30 minit sebelum sesi temuduga tersebut berlansung.
Anda tidak mahu kelihatan tercungap-cungap semasa memasuki bilik temuduga tersebut. Oleh itu, bersiap sedia awal-awal boleh megubahnya.
Apa yang anda perlu buat semasa sesi temuduga? Sila baca di bawah....BERSAMBUNG...
SUMBER



EmoticonEmoticon